Pages

Sunday 1 September 2013

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!!!!

     
Merdeka tahun ini ialah yang ke 56 . Ini bererti sudah 55 tahun kita bebas dari penjajahan autokratik asing yang telah menjajah kita sejak ratusan tahun yang lalu. Seiring dengan itu, Malaysia melangkah pantas dalam pembangunan ekonomi dan insfrastrukur, menjadikan kita antara negara terpantas maju kehadapan selepas mencapai kemerdekaan. Daripada sebuah negara yang tiada apa-apa, Malaysia kini mula dikenali di serata dunia.

Pemimpin-pemimpin negara yang berkaliber bertindak cemerlang mentadbir serta membangunkan negara demi memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat. Justeru, mereka juga boleh diiktiraf sebagai pejuang negara. Bezanya, mereka berjuang selepas kemerdekaan, jadi mereka tidak perlu mengangkat senjata atau menumpahkan darah. Sebaliknya mereka berpenat lelah memerah otak memikirkan cara terbaik untuk menjadikan Malaysia lebih maju ke hadapan.   

Definisi Kemerdekaan

Setiap orang tentunya memiliki cara yang berbeza dalam mentafsirkan kemerdekaan. Malaysia  pernah dijajah oleh beberapa kuasa asing hanya mahu membolot hasil bumi negara. Ketika itu, pejuang tanah air kita mentafsirkan kemerdekaan sebagai membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Justeru, mereka berusaha keras dan sanggup berkorban jiwa dan raga semata-mata mahu membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan, sekaligus mencipta masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Tanpa kita sedari, masa begitu pantas berlalu. Jika dulu, kemerdekaan bererti bebas dari penjajahan kuasa luar, kini jawapannya adalah berbeza sama sekali. Rata-rata anak muda mentafsirkan kemerdekaan sebagai kebebasan mengekspresikan pendapat tanpa sebarang sekatan daripada mana-mana pihak. Ada pula yang mendefinisikan kemerdekaan sebagai perpaduan serta bebas  dari sebarang anasir-anasir luar yang cuba memusnahkan keamanan negara. Selebihnya menyatakan bahawa masyarakat yang merdeka adalah masyarakat yang bebas bukan sahaja dari segi penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mentaliti diri.

Kenapa terdapat percanggahan dalam erti kemerdekaan?

Perkara ini terjadi kerana situasi masa kini tidak lagi sama seperti yang dialami nenek moyang kita berpuluh-puluh tahun yang lalu. Generasi baru tidak perlu merasa jerih-perih pejuang masa lalu kerana Malaysia tidak lagi terbelenggu dalam penjajahan kuasa asing. Rakyat masa kini hidup dengan selesa kerana disaluti keamanan dan kemakmuran. Mereka juga diberi peluang untuk mengekspresikan kreativiti sekaligus berpeluang menyuarakan kehendak tanpa sekatan.

Justeru, kita harus menghargai jasa dan pengorbanan nenek moyang kita yang telah bertungkus lumus memerdekakan negara. Tanpa usaha keras mereka, kita tidak akan dapat mengecapi apa yang kita perolehi sekarang.

Kemeriahan Sambutan Hari Kemerdekaan negara

Kemeriahan 31 Ogos dapat dirasa sejak awal bulan lagi. Apa sahaja yang berlaku disekeliling kita, akan dikaitkan dengan kemerdekaan. Diskusi dan cerita-cerita kemerdekaan memenuhi media cetak dan media massa, manakala dendangan lagu-lagu kemerdekaan lama dan baru akan menghiasi corong-corong radio hampir setiap masa.

Sementara itu, kibaran jalur gemilang yang megah dapat dilihat di merata-rata tempat seperti di rumah-rumah, kenderaan, pejabat-pejabat, malah sepanjang jalan di seluruh negara. Tatkala malam kemerdekaan menjelang pula, orang ramai akan bersesak-sesak berkumpul kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan hari yang bersejarah, di samping melaungkan kata-kata keramat, “Merdeka!” tepat jam 12 malam.

Namun semua keghairahan tersebut pasti akan hilang setelah selesainya sambutan bulan kemerdekaan pada hari seterusnya. Semua kata-kata yang berkobar-kobar tadi akan dilupakan dan perjalanan hari-hari seterusnya akan berlangsung seperti biasa. Paling tidak, perbualan tentang hari kemerdekaan akan berlangsung selama beberapa hari sebelum ia hilang sepenuhnya. Ia hanya akan kembali apabila Ogos tahun seterusnya kembali.

Merdekakah generasi masa kini?

Rata-rata generasi muda masa kini sebenarnya meraikan hari kemerdekaan tanpa memahami erti sebenar disebaliknya. Kebanyakan daripada kita menganggap hari kemerdekaan sebagai hari untuk bersukaria bersama teman-teman, meraikan kebebasan diri dan melaungkan perkataan merdeka dengan megah, tapi tidak menghayatinya. Lebih menyedihkan, ada segelintir dikalangan kita yang mengambil kesempatan ini untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral.

Pesta arak, dadah dan wanita menjadi satu cara mereka meraikan kebebasan tanpa sekatan yang diperolehi. Mereka berpesta, mabuk-mabuk, dan menari seperti orang gila sebelum semuanya berakhir lebih tragis. Sebilangan kecil yang lain akan berkumpul beramai-ramai bersama teman-teman, bersemangat waja menunjukkan semangat patriotisme mereka dengan berlumba secara haram di atas jalan raya di saat orang lain telah mulai nyenyak diulit mimpi.

Mereka yang lebih patriotik dan memiliki semangat kepimpinan yang tinggi biasanya akan mentafsir erti kemerdekaan dengan cara yang agak berbeza.  Semangat mereka yang berkobar-kobar untuk mengubah dunia, adakalanya dipergunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memporak-perandakan keadaan. Golongan ini biasanya lebih cenderung mengkritik dan menyalahkan orang lain.

Minda mereka selalunya dipenuhi dengan anasir-anasir negatif dan perasaan ingin memberontak yang membuak-buak membuatkan mereka sanggup bertindak agresif dan menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan masyarakat. Niat mereka untuk menambahbaik sistem negara adalah baik, cuma perlaksanaannya agak terpesong sehingga menyebabkan keadaan agak huru-hara.

Secara tidak langsung, itu sebenarnya gambaran yang menunjukkan bahawa kebanyakan daripada kita sebenarnya masih terbelenggu dengan anasir-anasir luar yang cuba menjajah kita secara senyap. Kita lupa bahawa generasi terdahulu telah berjuang bermati-matian untuk memerdekakan negara, tapi kita yang cuba memusnahkannya secara senyap. Mungkin bukan semua, tapi ia sebenarnya barah yang mungkin boleh merosakkan negara.  

Tanggungjawab kita untuk kekalkan kemerdekaan
Sebagai rakyat Malaysia, sudah menjadi tanggungjawab generasi baru hari ini untuk mengenang kembali perjuangan dan menghayati erti sebenar kemerdekaan. Hayati kemerdekaan yang kita ada dengan sepenuh hati, supaya ia tidak akan tergadai kelak. Tugas kita pada hari ini adalah untuk mempertahankannya dengan ilmu yang penuh di dada. Tanpa ilmu pengetahuan yang tinggi, kemerdekaan yang diperolehi akan menjadi sia-sia.
Kita juga perlu sentiasa bersiap sedia dalam memperkasakan bangsa yang merdeka. Pelihara keamanan kemakmuran politik, ekonomi serta sosial yang ada. Agama dan peradaban seni warisan bangsa juga tidak boleh ditolak ketepi. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar kita saling menikmati erti kemerdekaan yang sebenar. Perpaduan yang terbina semenjak kemerdekaan diperolehi perlu diteruskan dan disemai supaya hubungan rakyat menjadi semakin kukuh. 

Saturday 3 August 2013

PERBEZAAN AHLI SUNNAH DENGAN SYIAH

1.AL-QURAN


Ahli Sunnah Wal Jamaah
Sepakat atas kebenaran al-Quran dan terpelihara daripada sebarang tambahan dan kekurangan.Beriman dengan setiap huruf dan beriman bahawa sesungguhnya al-Quran adalah kalam ALLAH SWT bukan baharu dan bukan makhluk.
   Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah kitab yang terakhir daripada ALLAH kepada manusia tanpa sebarang penyelewengan atau berlaku penukaran sama ada pada masa lalu atau masa akan datang sehinggaberlakunya kiamat.
   Al-Quran yang berada di tangan kaum muslimim ini(Mushaf Uthmaniyah) terjamin daripada kekurangan atau penambahan tidak seperti kitab-kitab diturunkan sebelum ini iaitu Zabur,Taurat dan Injil selepas ketiadaan Nabi Daud a.s.,Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s.
   Pemeliharaan kitab suci al-Quran itu juga dijamin oleh ALLAH SWT sebagaimana firman-Nya dalam ayat ke-9 Surah al-Hijr yang bermaksud; "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami yang memeliharanya."
   Ringkasnya,al-Quran terpelihara daripada segala keburukan dan menjadi sumber paling utama kepada umat islam.

Syiah
Mereka menuduh ke atas kebenaran iaitu al-Quran ada yang telah ditambah dan dikurangkan.Jika berlawanan dengan iktikad mereka,pendapat iman-iman adalah antara sumber utama di sisi mereka .
   Antara penyelewengan yang dikemukakan oleh pendapat syiah berhubung pertambahan dan pengurangan al-Quran ialah wujudnya 'surah al-Wilayah'.Surah itu menyebut tentang kewalian Saidina Ali bin Abi Talib sebagai iman selepas Rasulullah SAW.
   Kewujudan surah ini dinyatakan oleh seorang ulama Syiah yang bernama alHaj Mirza Husain ibn Muhammad yang meninggal dunia pada tahun 1320 hijrah di dalam bukunya bertajuk (maksud)'Pembuka kata dalam menetapkan penyelewengan dalam kitab Tuhan segala Tuhan(al-Quran)'pada muka surat 180.Kitab ini juga mengumpulkan beratus-ratus dalil daripada ulama syiah pada setiap zaman bahawa al-Quran telah ditambah dan dikurangkan.   


2.AL-HADIS




Ahli Sunnah Wal Jamaah
Hadis adalah sumber kedua dalam syariat islam selepas al-Quran.Fungsi Hadis adalah untuk mentafsirkan ayat-ayat al-Quran.
   Segala hukum-hakam yang ditetapkan di dalam hadisyang sahih riwayatnya daripada Rasulullah SAW  adalah tidak debenarkan.Kesahihan hadis ditetukan melalui kaedah-kaedah yang disepakati oleh para ulama-ulama hadis.
    Caranya adalah dengan menkaji kebenaran riwayat sanad hadis tanpa membezakan antara perawi lelaki ataupun perempuan.Tiap-tiap perawi hadis diketahui sejarah hidupnya.
     Hadis yang diriwayatkan oleh seorang pendusta tidak diterima dan begitu juga orang yang tidak diketahui sejarah kehidupannya.
    Hadis juga tidak diterima semata-mata atas dasar hubungan keluarga.Ini semua bertujuan memelihara kedudukan,kemuliaan serta kesahihan hadis.
      Sehubungan itu riwayat hadis adalah satu manah yang berat lagi mulia mengatasi segala-galanya.

Syiah
Tidak berpegang kepada hadis melainkan hadis-hadis diriwayatkan oleh kaum keluarga Rasulullah dan sebahagian hadis-hadis yang diriwayatkan oleh penyokong-penyokong Ali dalam medan politik.
   Mereka menolak hadis-hadis yang diriwayatkan terutama riwayat daripada Ahli Sunnah.Mereka tidak mementingkan riwayat (sanad) yang sahih.Mereka menerima hadis tanpa ilmu hadis yang kukuh.
          Oleh itu dalam hadis-hadis mereka terdapat banyak dinukilkan seperti ayat ini :"Diriwayatkan dari Muhammad bin Ismail daripada beberapa sahabat kami dari seorang lelaki dari Rasulullah sesungguhnya berkata...."
           Kitab-kitab hadis mereka penuh dengan berpuluh-puluh ribu hadis yang tidak ditetapkan kesahihannya.Beginilah mereka bangunkan agama mereka.Mereka telah mengingkari tiga perempat daripada sunnah Rasulullah.

3.PARA SAHABAT RASULULLAH SAW



Ahli Sunnah Wal Jamaah
Ahli Sunnah bersepakat bahawa wajib menghormati dan meredai atas semua sahabat.Kesemua mereka adalah benar dan lurus.Ahli Sunnah menganggap pertelingkahan yang berlaku antara mereka adalah berpunca daripada perselisihan pendapat hasil ijtihad masing-masing yang dikeluarkan dengan ikhlas dan jujur.
   Tidak dibenarkan menaruh dendam sepanjang zaman terhadap  para sahabat Rasulullah SAW .Hakikatnya, para sahabat merupakan golongan terpuji selain sentiasa dipuji ALLAH SWT berkali-kali.Oleh itu,tidak dibenarkan sama sekali sesiapapun melakukan tohmahanke atas golongan para sahabat.
   Sesingguhnya melalui usaha serta peranan besar mereka sebagai sahabat-sahabat Rasulullah SAW,agama islam yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW akhirnya sampai kepada kita dan terus subur hingga ke saat ini.

Syiah
Berpendapat bahawa para sahabat telah kafir selepas kewafatan junjungan besar Rasulullah SAW kecuali sebilangan kecil bilangannya tidak melebihi bilangan jari-jari di tangan.Mereka hanya mengiktiraf Ali,Fatimah binti Muhammad,Hassan ibn Ali,Hussien ibn Ali,Al-Miqdad ibn al-Aswad,Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.
    Selain itu,mereka meletakkan Ali pada kedudukan terlampau istimewa.Sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa Ali yang telah diwasiatkansebagai pengganti Rasulullah.
      Sebahagian yang lain pula beranggapan Ali sebagai nabi.Maka mereka menghukum orang muslim iaitu sesiapa yang memilih khalifah-khalifah sebelum Ali maka mereka adalah zalim atau kafir.
      Sesiapa yang menentang pendapat Ali,mereka itu zalim atau kafir atau fasik.Begitu juga halnya dengan sesiapa yang menentang anak cucu cicitnya turun temurun.
      Antara penyelewengan paling besar berhubung fahaman syiah terhadap para sahabat ialah gelaran melampau mereka terhadap Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan kepada saidina Umar al-Khattab yang merupakan khalifah pertama dan kedua.Kedua-dua sahabat besar Rasulullah SAW itu telah digelar  sebagai al-Jibt(tukang sihir) dan at-Tongut(syaitan) kerana telah dilantik sebagai khalifah sebelum Ali.
     Bukan itu sahaja perkataan al-Jibt dan at-Tongut terhadap Abu Bakar dan Umar juga digunakan oleh golongan syiah dalam doa-doa mereka yang dinamakan 'Doa dua berhala Quraisy'.Doa ini terdapat di dalam kitab mereka(kunci hati)pada muka surat 114.
     Doa tersebut seperti berikut;"Ya Allah,sejahterakanlah atas Muhammad dan kaum keluarga baginda dan laknatkanlah ke atas kedua-dua berhala Quraisy,kedua-dua ahli sihir,kedua-dua syaitan dan kedua-dua anak perempuan mereka(Ummul Mukminin Aisyah dan Hafsah).
    

4.AKIDAH DAN TAUHID



Ahli Sunnah Wal Jamaah
Beriman bahawa sesungguhnya ALLAH yang Maha Esa.yang Maha Berkuasa,tiada sekutu bagi-Nya,tiada bandingan bagi-Nya serta tiada perantaraan antara ALLAH dan seluruh hamba-Nya.Beriman dengan ayat-ayat yang mengandungi sifat-sifat ALLAH sebagaimana diturunkan oleh ALLAH tanpa menyerupai apapun(tiada sesuatu pun yang sebanding dengan zat-Nya,sifat-sifat-Nya dan pentadbiran-Nya,-Surah as-Syura ayat ke-11).
   ALLAH telah mengutuskan nabi-nabi -Nya dan memikulkan ke atas mereka tanggungjawab menyampaikan perutusan (risalah)kepada hamba-hamba-Nya.Semua nabi menyampaikan semua risalah tanpa menyembunyikan apa-apa.Wajib beriman dengan perkara-perkara ghaib.Sesungguhnya segala doa,nazar,penyembelihan dan permohonan hajat wajib ditujukan kepada ALLAH semata-mata.


Syiah
Mereka beriman dengan ALLAH dan Keesaan-Nya tetapi mereka percaya bahawa iman-iman mereka adalah maksum dan iman-iman itu mengetahui perkara-perkara ghaib serta mempunyai peranan dalam pentadbiran alam ini.Mereka beranggapan bahawa ada satu kuasa khas yang dimiliki oleh para wali,iman-iman dan kaum kerabat Rasulullah.
     Mereka beribadat selain daripada ALLAH dengan berkata'Wahai Ali,Wahai Hussain,Wahai Zainab'.Mereka bernazar dan menyembelih binatang kepada yang lain selain daripada Allah.Mereka meminta hajat daripada orang yang telah mati.
     Segala kepercayaan amalan ini tidak mempunyai asas dalam agama Islam yang suci. 

Sunday 28 July 2013

Al-Biruni


Ahli falsafah yang serba boleh.
Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah.

Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan ajaran Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan umat Islam. Berbeza dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian kebenaran berlandaskan pemikiran dan logik semata-mata sehingga menimbulkan kekeliruan serta kecelaruan yang tidak berpanjangan.

Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam. Tetapi juga meliputi perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan kemanusiaan. Walaupun ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-Ghazali sebagai golongan yang sesat lagi menyesatkan, tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah berjaya membantu menyelesaikan pelbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik, sosial, budaya, dan bidang-bidang lain.

Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan wahyu dan akal seperti yang dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban
Islam.

Kerana itu, umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu hatta sampai ke negara China. Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan semacam motivasi kepada para sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan sama ada di timur ataupun barat.

Salah seorang ilmuwan tersebut ialah Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) diBirun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam.

Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi. Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India.

Di sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu.

Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam dan triniti dalam agama Kristian.

Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah berjaya menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia.

Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi.

Selepas dibebaskan, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid al Nih-ayat al Amakin Lita'shih al Masafat al Masakin. Di samping itu, beliau turut mendirikan sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajiannya dalam bidang sains, matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini.

Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan beliau digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu. Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol. Dalam sepanjang hidupnya

Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk.

Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb, tentang ubat-ubatan. Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada 1048M.

Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.

Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal. Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya.

Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalinkan hubungan dengan Ibnu Sina. Keadaan ini menjadi bukti pengiktirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan dan kesarjanaannya. Sekali gus menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang serba boleh dengan sumbangan yang telah memberikan manfaat yang besar kepada manusia seluruhnya.

Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Sebaliknya mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan. Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban manusia.

Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri.

Friday 26 July 2013

Nuzul Al-Quran

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


  Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1.      Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2.      Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3.      Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

            Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”. 

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap

Kesimpulan     
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. 

Thursday 25 July 2013

10 Surah Al-Qur'an Dapat Menghalangi Dari 10 Ujian Besar ALLAH SWT

10 Surah Al-Qur'an Dapat Menghalangi Dari 10 Ujian Besar ALLAH SWT

1. Surah Al-Fatihah dapat memadamkan kemurkaan Allah SWT..
2. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat..
3. Surat Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari Kiamat..
4. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita dari kesusahan atau fakir..
5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di alam kubur..
6. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7. Surah Al-Kafirun dapat menghalangi kita menjadi kafir ketika menghadapi kematian..
8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita menjadi golongan munafiq..
9. Surah Al-Falq dapat menghapus perasaan hasad dengki..
10. Surah An-Nas dapat melindungi kita dari penyakit was-was..

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan
.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

PESAN/PETUA IMAM SYAFIE UNTUK LELAKI


PESAN/PETUA IMAM SYAFIE UNTUK  LELAKI


Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.