Pages

Wednesday 24 July 2013

KHASIAT BUAH MANGGIS

KHASIAT BUAH MANGGIS

Bila sebut manggis,sudah pasti kita membayangkan kesedapan buah yang mempunyai isi berwarna putih ni.Rasanya pula agak manis dan sesuai dengan citarasa orang kita.Namun,sedarkah kita tentang rahsia yang terkandung dalam buah ini.Disini ana kongsikan untuk manfaat bersama.... 

Manfaat Manggis telah kita ketahui sejak dari dulu dan digunakan  secara tradisional ataupun secara moden di Asia Tenggara, Cina, Afrika untuk mengubati pelbagai penyakit. Sekarang,sudah banyak kita temui pelbagai jenis makanan  dari buah manggis yang dikomersialkan tanpa mengurangkan sedikit pun zan atau khasiat yang terdapat dalam buah ini. Buah Tropika yang memiliki banyak manfaat dan khasiat ini juga dikenali sebagai “Ratu Buah” 
Manfaat Buah manggis tidak hanya terletak pada buahnya saja yang memiliki nilai gizi yang tinggi, tetapi kulitnya  juga memiliki khasiat dan manfaat yang cukup bagus untuk kesihatan.Buah manggis banyak mengandungi zat seperti vitamin C, Serat dah Kalium.  Pada bahagian kulit manggis, terdapat kandungan antioksidan yang dikenali  Xanthones dan beberapa kandungan lainnya yang sangat berguna untuk tubuh manusia seperti: antikanser, anti inflamasi, anti bakteria,  antivirus dan juga antioksidan.
Khasiat dan Manfaat Buah Manggis Untuk Kesihatan:
  • Membantu untuk mengurangkan rasa sakit ( anti-inflamasi dapat mengurangkan keradangan,  dan kerosakan sendi dihubungkan dengan arthritis, atau sakit yang disebabkan oleh latihan sukan dan luka ringan)
  • Mengurangi kerosakan radikal bebas dan inflamasi – membantu menjaga kesihatan pembuluh darah, kadar kolesterol, melindungi otot jantung, menurunkan tekanan darah tinggi
  • Meningkatkan tenaga 
  • Menjaga kesihatan usus – mengatasi sembelit, menstimulasi kesihatan usus normal
  • Baik digunakan pada Kulit dan Wajah – dapat diterapkan pada kulit untuk ekzim, melawan bakteria yang menyebabkan masalah remaja yaitu jerawat dan juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka
  • Membantu melawan infeksi – virus, bakteria, , parasit, demam
  • Dapat mengurangkan paras gula dalam darah pada diabetes tahap II dengan membuat insulin lebih efektif
  • Membantu untuk mencegah pembentukan sel kanser (kanser dan pertumbuhan tumor)
  • Melindungi kesihatan otak dan saraf – membantu untuk memerangi Parkinson, penyakit Alzheimer
  • Membantu untuk memerangi alergi (anti histamin), melindungi sistem imun tubuh
  • Membantu untuk mengawal berat badan – mengurangkan lemak dalam badan

No comments:

Post a Comment