Pages

Thursday 25 July 2013

KhasIat ToMato

KhasIat ToMato


Kali ni ana nak kongsi berkenaan tomato.Buah ini biasanya dihidangkan bersama tomyam dan juga nasi ayam(favourite ana tu!).Namun,kebanyakan dalam kalangan kita tidak menggemari buah ini,mungkin kerana rasa n teksturnya yang agak menggelikan bagi sesetengah orang.Tak kenal maka tak cinta,oleh itu mari kita selami dan lihat apa sebenarnya yang terkandung dalam buah yang bernama tomato ini....

Warna merah pada tomato itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
1.Mencegah sakit jantung dan kanser!
Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.
Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu.
Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil, katanya pada ceramah kesihatan The Red Campaign di ibu negara, baru-baru ini. Kempen itu dianjurkan oleh syarikat makanan global, Heinz, yang mengeluarkan sos tomato, perasa dan pelbagai aneka sos.

Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi.

Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena.

2. Baik Untuk Kencing Manis

Kandungan Karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.

3. Baik Untuk Mata

 Selama ini kita dengar lobak merah dan berry baik untuk mata, tomato juga baik untuk mata sebenarnya. Kerana kaya dengan vitamin A, tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air panas (tidak terlalu panas) di dalam bekas tertutup. Sejatkan. Air ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Hendaklah dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.

4. Baik Untuk Obesiti

Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.

5. Baik Untuk Gangguan Usus dan Hati

Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. Diminum pada awal pagi. Ia petua berkesan untuk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit.

6. Baik Untuk Gangguan Pernafasan

Sebelum tidur, telan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar dicamputkan madu dan secubit serbuk pelaga. Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. Bagi pesakit lelah, rawatan ini melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang.

7. Baik Untuk Ibu yang Menyusu

Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.
8.Baik untuk kecantikan
Tomato berkesan untuk mengecilkan liang roma,menghilangkan jerawat dan merawat pwnyakit kulit.Elemen penyejuk dalam tomato dapat menyejukkan kulit yang kasar,astringen dapat menghapuskan minyak berlebihan,vitamin A dan C dapat mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.Berikut merupakan kaedah penjagaan kulit menggunakan tomato:
i-Mengecilkan liang roma
Cmpurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua atau empat titik jus limau.Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan.Biarkan selama 15 minit.Bilas dengan air suam.
ii-Mengubati jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat.Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan.Lakukan setiap hari sehingga jerawat hilang.
iii-Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran avokado dan tomato amat sesuai untuk kulit kombinasi(berminyak,biasa,kering)kerana ia menggabungkan astrigen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
topeng penyegar muka ini mengandungi vitamin A,C dan E-Kesemuanya penting untuk kulit yang sihat.Untuk membuat topeng muka ini,hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka,bilas selepas 20-30 minit.
Boleh juga  sapukan campuran jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak dan jerawat.
iv-Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato segar dan campurkan dua sudu yogurt.Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selam 20 minit.Bilas dengan air suam.
Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari.Ini kerana,yogurt dapat merangsang protien pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

Tip Memilih TOMATO…

Untuk yang paling berkhasiat, pilihlah tomato yang paling merah ranum.

Untuk yang lebih sedap pula, rendamkan beberapa biji tomato di dalam air. Yang tenggelam itu lebih sedap berbanding yang terapung. Ini kerana yang tenggelam itu mengandungi lebih banyak kandungan gula.

No comments:

Post a Comment